Pintu Gerbang Blog Saya

Pintu Gerbang Blog Saya
Welcome To My Blog's....Hope you will be enjoy along surfing my blog..Before entering this blog must say "ASSALAMUA'LAIKUM"

About Me(serba sedikit)

My photo
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum....Let me introduce myself(just a little bit)..My name Muhammad Fakhrurradzi B.Abdul Talib..I was born at Selangor...I interested about islamic especially in dakwah,forum and etc..Previously,i just completed my studies at Kolej Komuniti Sabak Bernam in Certificate Electrical Technology(Installation & Maintenance)Course..I got a good CGPA but not too much good,just simple only..Firman ALLAH ,"Kamu adalah sebaik² Ummat yang dikeluarkan bagi faedah manusia,kamu mengajak kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran serta kamu beriman dengan ALLAH".(Ali-Imran :110)

Tuesday, October 7, 2008

HaDiaH pAdA maLam JumAat??..(Suprise.....jeng jeng jeng)

Assalamualaikum W.B.T...Sedikit renungan buat kita semua.....Hayatilah...

Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al-Maizy pergi ke Masjid jamek untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya ia berangkat awal sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan. Di situ Salih duduk sekejap sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagia hli kubur memandangkan waktu subuh masih lama lagi. Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur masing-masing. Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil berbual-bual sesama mereka. Salih Al-Maizy ternampak seorang pemuda ahli kubur memakai baju kotor serta tidak berkumpul dengan ahli-ahli kubur yang lain. Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisah kerana sedih. Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam yang ditutup dengan saputangan. Seolah-olah seperti cahaya terang gemerlapan. Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa talam-talam itu, tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam kuburnya.Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si pemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa.Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke dalam kuburnya.Tapi sebelum dia masuk,Al-Maizy yang bermimpi segera menahannya untuk bertanyakan keadaannya.

"Wahai hamba Allah! Aku lihat engkau terlalu sedih,mengapa?" tanya Salih Al-Maizy. "Wahai Salih, adakah engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi?" tanya pemuda itu. "Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam itu?" tanya Al- Maizy lagi.

Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi hadiah orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati yang terdiri dari pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan doa. Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari Jumaat. Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar.Katanya dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telah berkahwin dengan suami baru. Akibatnya dia lupa untuk bersedekah untukanaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang mengingati si pemuda. Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat apabila melihat orang-orang lain menerima hadiah sedangkan diaseorang tidak menerimanya. Al-Maizy sangat kasihan mendengarkan cerita sipemuda lalu ia bertanya nama dan alamat ibunya agar ia dapat menyampaikan berita keadaan anaknya. Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya. Kemudian Al- Maizy terjaga.Pada sebelah paginya Al-Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut. Setelah mencari kesana kemari beliau pun berjumpa ibu si pemuda tersebut lantas menceritakan perihal mimpinya. Ibunya menangis mendengar keterangan Al maizy mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzakh.Kemudian ia berkata : "Wahai Salih ! Memang betul dia adalah anakku. Dialah belahan hatiku, dia keluar dari dalam perutku. Dia membesar dengan minum susu dari dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidur ketika kecilnya." Al-Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis penuh penyesalan kerna tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama ini. "Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu." kata Al-Maizy lalu bangun meninggalkan wanita tersebut.

Tatkala dia cuba untuk melangkah si ibu menahannya agar jangan pulang dahulu. Dia masuk kedalam biliknya lalu keluar dengan membawa wang sebanyak seribu dirham."Wahai Salih, ambil wang ini dan sedekahkanlah untuk anakku, cahaya mataku. InsyaAllah aku tidak akan melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untukya selama aku masih hidup."Salih Al-Maizy mengambil wang itu dan disedekahkan kepada fakir miskin sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham itu yang tinggal. Dilakukannya semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi kepadanya oleh ibu pemuda tersebut. Pada suatu malam Jumaat selepas itu, Al-Maizy berangkat ke Masjid jamek untuk solat jamaah. Dalam perjalanan sebagaimana biasa ia singgah di perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2.Si pemuda yang dulunya kelihatan sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan memakai pakaian putih yang cantik serta mukanya kelihatan sangat gembira. Pemuda tersebut mendekati Salih Al-Maizy seraya berkata: "Wahai tuan Salih, aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas kebaikanmu itu.""Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari Jumaat." Katanya lagi."Eh, Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?" tanya Al Maizy."Ya, Tahu.""Apa tandanya?""Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata "Selamat..selamat padahari yang baik ini, yakni hari Jumaat."Salih Al-Maizy terjaga dari tidurnya. Ia cuba mengingati mimpinya dan merasa gembira kerana si pemuda telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan sedekah dan doa dari ibunya.

*(Petikan Kisah Wali-wali Allah (2) terbitan syarikat Nurul Has).

**Sabda Rasulullah S.A.W "Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " .

**Firman ALLAH S.W.T :
” Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan berkatalah yang benar, nescaya Allah akan memperbaiki perbuatanmu serta mengampuni dosa-dosamu. Barangsiapa taat kepada Allah dan Rasulnya maka ia sungguh akan berbahagia dengan kebahagiaan yang agung." (Surah Al-Ahzab: Ayat70-71)

> > Andainya hidup punca perpisahan,
> > Biarlah mati menyambungnya semula
> > Namun seandainya mati punca perpisahan,
> > Biarlah hidup itu membawa erti yang nyata.

No comments:

hayya bil jihad...